Monday 13 March 2017

Sebab anda kena kaya

Mari sama-sama kita renungkan kenapa kita perlu kaya??

Ada orang untuk melakukan sesuatu kita perlukan satu alasan yang besar atau beberapa alasan kecil. Kerana tanpa alasan yang kuat untuk menarik kita ke arah yang kita mahu, agak sukar kita mencapai apa yang kita inginkan.

Ramai orang tidak mampu menceritakan kepada kita kenapa dia mahu jadi orang kaya. Jika ada pun, alasan itu agak lemah kuasanya untuk mendorong kita melakukan atau memulakan satu tindakan permulaan. Niat yang betul akan mendorong kita ke arah kebaikan sedangkan niat yang tidak baik mendorong kita menjadi manusia yang buas. Kita perolehi kekayaan tanpa memperdulikan hukum agama. Kita tidak ambil pusing akan halal haramnya. Kita tidak mahu begini.

Di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua beberapa alasan kenapa kita perlu menjadi manusia yang kaya. Alangkah baiknya jika kita menjadi manusia yang kaya harta dan jiwa. Orang kaya jiwanya akan sanggup membelanjakan kekayaan yang diperolehinya untuk dikongsi bersama orang lain dalam bentuk pengeluaran zakat perniagaan dan sedekah jariah kepada mereka yang memerlukan bantuan kewangan darinya. Dia gembira jika mampu menggembirakan hati orang lain. Hartanya bukan miliknya tetapi milik Tuhan. Dia hanya diberi kesempatan sementara saja untuk memilikinya. Jadi dia tidak kisah jika kekayaannya dikongsi bersama. Dia yakin disisi Tuhan ada kekayaan yang lebih hebat yang akan dinikmatinya di akhirat nanti. Telitilah alasan-alasan di bawah dan fikirkan. Tidak mahukan kita nikmati :

1. Kebolehan untuk hidup tanpa bergantung kepada hutang pengguna
2. Keupayaan untuk memiliki rumah bebas hutang
3. Keupayaan untuk menikmati hidup yang terjamin dan dihormati
4. Keupayaan untuk memberi pelajaran anak-anak yang menjamin pekerjaan
5. Keupayaan untuk membayar secara tunai barangan runcit
6. Keupayaan untuk bertahan ketika menghadapi kecemasan
7. Keupayaan untuk hidup sepenuhnya, termasuk percutian, rekreasi dan 
    aktiviti keluarga.
8. Keupayaan kita membantu keluarga terdekat dan masyarakat
9. Keupayaan membantu agama, bangsa dan negara.

Dengan alasan-alasan di atas tidakkah kita rasa teruja untuk menjadi manusia yang kaya harta dan jiwa? Rugikah kita bekerja keras untuk peluang melakukan yang terbaik semasa hayat kita di dunia ini?

Orang yang paling baik di antara kita ialah mereka yang mampu memberi manfaat terbanyak kepada orang lain. Kita patut malu kerana pendatang asing yang datang ke negara kita sama ada secara haram atau halal berjaya menjadi kaya di bumi milik kita. Kita selalu menyalahkan takdir Tuhan dan menyalahkan pihak kerajaan jika kita miskin. Kita jarang mahu menyalahkan diri kita sendiri. Kita lebih selesa meletakkan kesalahan di atas bahu orang lain di atas kegagalan kita menjadi orang hebat.

Peluang begitu banyak untuk kita raih dengan usaha dan keringat. Buangkan sifat negatif yang menghantui dan memenjara kehidupan kita. Buka minda kita untuk melihat dan merebut peluang walau sekecil mana. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Tanpa keberanian impian tidak akan dilaksana. Tahun berlalu, kita masih begitu. Adakah itu yang anda mahu?

Jadikan renungan dan refleksi buat diri kita.

#PROJEK360K
#EMPIREMILLIONAIRE
#PHYTOSCIENCE
#bebasmasalahkewangan